Mengira

Mari kita mengira.

Mendarab

Mari kita mendarab.

Bahagi

Mari kita membahagi.
 

Sifir - Cara kreatif menggunakan karton telur

Ahad, 6 November 2011

Siapa sangka karton telur yang dibeli boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM)! Daripada ianya dibuang begitu sahaja selepas penggunaannya selain dijadikan tempat persembunyian lipas jika tidak diselengarakan dengan baik, apa kata kita menggunakannya semula untuk memperkenalkan konsep sifir kepada anak-anak kita.

Bahan2 yang diperlukan:
1. Karton telur
2. Guli, klip, batu, bebola (apa saja objek yang bersesuaian)

Bagaimana memulakannya?
Minta anak-anak memasukkan bilangan bebola ke dalam setiap ruang dalam karton telur. (bilangan bebola yang di masukkan hendak tetap untuk setiap ruang)

Contoh: 


3 (bilangan bebola dalam satu ruang)

2 (bilangan ruang yang dimasukkan  bebola)

6 ( jumlah semua bebola)

Pada ketika ini anda mula memperkenalkan ayat matematik kepada anak.


Contoh: 3 x 2 = 6


(Anda terangkan simbol darab digunakan kerana bilangan bebola yang sama di masukkan berulang-ulang kali ke dalam ruang karton telur)

Uji kefahaman anak-anak dengan memasukkan bilangan bebola ke dalam ruang karton telur yang seterusnya.

Contoh:


Minta anak-anak untuk memberikan ayat matematik.


Jawapan 3 x 3 = 9


Teruskan aktiviti hingga 3 x 9


Akhirnya anak-anak sudah mula mengenali sifir 3.

Penerangan ini adalah contoh sahaja. Anda boleh memulakan aktiviti dari sifir 2 dan lanjutkan sehingga sifir 9. Anak anda boleh menggunakan BBM ini dalam membantu mendapatkan jawapan bagi setiap latihan yang diberi oleh guru atau ibubapa.

0 comments:

Catat Ulasan

Nombor Bulat

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13....

Darab

2X2 2X3 2X4 2X5 2X6...

Bahagi

10/2 20/2 30/2 40/2 50/2....