Mengira

Mari kita mengira.

Mendarab

Mari kita mendarab.

Bahagi

Mari kita membahagi.
 

Tips UPSR Matematik

Isnin, 14 November 2011

Renungan

Nombor(numberasi2)

Unit Numberasi 2

Unit Numberasi 1

Modul Murid (Numberasi2)

Nombor Bulat UPSR

Nombor Bulat Hingga 100

Rabu, 9 November 2011

Sifir - Cara kreatif menggunakan karton telur

Ahad, 6 November 2011

Siapa sangka karton telur yang dibeli boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM)! Daripada ianya dibuang begitu sahaja selepas penggunaannya selain dijadikan tempat persembunyian lipas jika tidak diselengarakan dengan baik, apa kata kita menggunakannya semula untuk memperkenalkan konsep sifir kepada anak-anak kita.

Bahan2 yang diperlukan:
1. Karton telur
2. Guli, klip, batu, bebola (apa saja objek yang bersesuaian)

Bagaimana memulakannya?
Minta anak-anak memasukkan bilangan bebola ke dalam setiap ruang dalam karton telur. (bilangan bebola yang di masukkan hendak tetap untuk setiap ruang)

Contoh: 


3 (bilangan bebola dalam satu ruang)

2 (bilangan ruang yang dimasukkan  bebola)

6 ( jumlah semua bebola)

Pada ketika ini anda mula memperkenalkan ayat matematik kepada anak.


Contoh: 3 x 2 = 6


(Anda terangkan simbol darab digunakan kerana bilangan bebola yang sama di masukkan berulang-ulang kali ke dalam ruang karton telur)

Uji kefahaman anak-anak dengan memasukkan bilangan bebola ke dalam ruang karton telur yang seterusnya.

Contoh:


Minta anak-anak untuk memberikan ayat matematik.


Jawapan 3 x 3 = 9


Teruskan aktiviti hingga 3 x 9


Akhirnya anak-anak sudah mula mengenali sifir 3.

Penerangan ini adalah contoh sahaja. Anda boleh memulakan aktiviti dari sifir 2 dan lanjutkan sehingga sifir 9. Anak anda boleh menggunakan BBM ini dalam membantu mendapatkan jawapan bagi setiap latihan yang diberi oleh guru atau ibubapa.

Silangkata Matematik Tahun 3 - Penambahan

Lembaran kerja berikut disediakan untuk topik penambahan. Walaubagaimana pun, lembaran kerja ini lebih sesuai digunakan sebagai aktiviti pengukuhan ataupun diberi kepada murid yang telah menguasai topik penambahan dengan baik. Selain itu, lembaran kerja yang berbentuk silangkata ini sesuai sekali digunakan selepas selesainya sukatan pelajaran tahun 3 supaya murid-murid dapat membuat persediaan menghadapi topik matematik untuk tahun empat. Guru atau ibubapa bolehlah memuat turun lembaran kerja yang disediakan ini.

Selamat Belajar.

Video set induksi - Penolakan Tahap Satu

Set induksi merupakan satu bahagian yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi bertujuan untuk menarik perhatian murid dan menyediakan murid untuk mengikut pengajaran yang seterusnya.

Video yang dihasilkan ini sesuai digunakan untuk bahagian set induksi - penolakan tahap satu. Guru-guru bolehlah mengunakan video ini sebelum mengajar tajuk tolak kepada anak murid. Senikata lagu bolehlah disediakan pada kad manila atau diedarkan helaian kertas kepada murid supaya murid dapat menyanyi bersama.



Selamat Belajar.

BBM - Penyelesaian Masalah (Penambahan)

Topik penyelesaian masalah merupakan topik yang sering memberi masalah kepada murid untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang betul. Slide ini disediakan untuk membantu guru mempelbagaikan aktiviti dalam mengajar topik yang berkenaan. Murid perlu memilih jawapan yang betul dengan 'klik' pada jawapan A, B atau C. Guru bolehlah menggunakan slide ini dalam langkah 2 dan sesuai juga dijadikan sebagai latihan bertulis untuk langkah 3. 

Slide ini boleh dimuat turun.


Selamat Belajar.

NOMBOR BULAT - Perbezaan di antara nilai tempat dan nilai digit

Murid sering keliru apabila diminta untuk memberikan jawapan dalam nilai tempat (place value) atau nilai digit. Nilai tempat merujuk kepada jawapan dalam bentuk perkataan manakala nilai digit merujuk kepada jawapan dalam bentuk nombor.

Contoh perbezaan antara nilai tempat dan nilai digit 
 Selamat Belajar.

Nombor Bulat

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13....

Darab

2X2 2X3 2X4 2X5 2X6...

Bahagi

10/2 20/2 30/2 40/2 50/2....